Monday, 13 June 2011

Dulu Kemarau Kini Dihujani Salji=PETANDA KEDATANGAN IMAM MAHADI

Tahukah anda? Tidak lama lagi akan berlaku cuaca yang tidak menentu sepanjang tempoh 2011,2012 dan 2013?Ada yang telah berlaku sepanjang tahun ini dan sebelum-sebelum ini sama ada anda mengetahuinya atau anda pura-pura tidak mengetahuinya.
Salah satu kekuasaan ALLAH S.W.T dan tiada siapa dapat menandinginya. Ketahuilah bahawa tidak lama lagi segenap kawasan di seluruh dunia ini akan dilitupi salji dan tempohnya hanya di dalam kehendak ALLAH S.W.T.
Mengapa kami mengatakan sedemikian?
Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah S.A.W. yang telah dicakapkan 1400 tahun yang lalu.Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Nabi Muhammad pernah berkata:
"Jika kamu semua melihat PANJI-PANJI HITAM datang dari arah Khurasan,
maka sambutlah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk iaitu Al-Mahdi.
[Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Hakim: Sahih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim serta direstui Adz-Dzahab]

Dari Sauban RA katanya bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,“Panji-panji Hitam akan datang dari arah Timur, hati mereka bagaikan kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar mengenai mereka, datangilah mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji.”

merangkak di atas salji?
MERANGKAK DI ATAS SALJI?
MERANGKAK DI ATAS SALJI?
Apakah yang anda faham dengan makna di atas?Mungkinkah salji akan melanda di kawasan anda sahaja?atau mungkinkah salji akan melanda di seluruh dunia? Atau mungkinkah salji hanya melanda di sesetengah kawasan sahaja seperti yang telah berlaku kini sehinggakan kawasan yang dulunya kemarau,sudah dilanda salji….

Allahualam…sama ada pada waktu itu anda masih hidup atau tidak!!!

ALLAH S.W.T. berfirman:
“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda – tanda bagi orang yang berakal, iaitu orang yang mengingat Allah sambil berdiri,duduk, berbaring, dan mereka memikirkan (tafakur) penciptaan langit dan bumi, seraya berkata “Ya Tuhan kami tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa api neraka.” (Surah Al Imran: 190-191).

ALLAH S.W.T. berfirman:
“Maka masing-masing (mereka itu) kami seksa disebabkan dosanya, Maka di antara mereka ada yang kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” (Surah Al-Ankabut : 40)

Cuba anda kaitkan hadis Rasulullah SAW,firman ALLAH SWT dan fenomena bukti salji yang akan kami buktikan di bawah ini,apakah kesimpulan yang bakal anda dapat?

Antara 5 negara yang berbeza dilanda salji dalam tempoh 6 hari berturut-turut:


-Gunung yang dikenali sebagai ‘White Mountain’ yang terletak di Hawaii dilitupi salji pada 6.6.2011.melingkari dalam warna putih pada hujung minggu.
Kebanyakan penduduk di kawasan tersebut terperanjat apabila gunung itu dilitupi salji setebal 6 hingga 12 inci salji dan hujan batu selepas dua minggu malu dilanda musim panas.

-Kawasan tenggara Australia dilitupi salji pada 7.6.2011.Daerah Tasmania telah dilanda ribut kuat mengakibatkan 9000 rumah terputus bekalan elektrik.
Victoria akan bertahan satu daripada Jun yang paling dingin hari-hari dalam hampir 20 tahun hari ini dan keadaan serta jiran di utaranya meramalkan untuk mengalami angin kencang, guruh, salji turun hujan batu dan tanah tinggi. Salji turut melanda kawasan Dandenongs,Macedon Ranges dan Ballarat mengakibatkan suhu kini sekitar  -3 untuk -6oc.

-Salji melanda negara Namibia pada 9.6.2011 mengakibatkan suhu -2oc hingga 5oc pada siang hari.Menurut Pusat Kaji Cuaca Namibia,salji yang melanda pada tahun ini telah mencatat rekod paling sejuk yang belum pernah dialami negara Namibia sebelum ini


-Salji turun di Gunung Snowdon yang terletak di negara Wales pada 11.6.2011. Para petani di negara tersebut sebelum ini kekurangan hujan dan kemarau hampir dua puluh tahun.Salji turun selama satu jam dan lebih mengejutkan lagi ialah cuaca hanya sejuk pada bahagian puncak gunung tersebut tetapi cuaca panas pada bahagian bawah gunung.


-Salji turut melanda Norway pada 11.6.2011 serta mengakibatkan banjir .

Cuba anda kaitkan hadis Rasulullah SAW, firman ALLAH SWT dan fenomena bukti salji yang akan kami buktikan di bawah ini,apakah kesimpulan yang bakal anda dapat?
MENGHAIRANKAN!!! Maklumat ini tidak disiarkan di kaca tv anda dan tidak dipaparkan di surat khabar anda.Apa yang bakal mengejutkan anda sekiranya anda pergi ke tempat yang saya tuliskan itu,memang benar turunnya salji dan tanyalah penduduk tempatan di kawasan itu atau anda ada saudara-mara yang melanjutkan pelajaran di luar negara.
Apakah kaitannya turunnya salji dengan kedatangan Imam Mahadi?Mengapakah mereka rahsiakan maklumat ini dari anda?MENGAPA????Cuba anda kaitkan hadis Rasulullah SAW,firman ALLAH SWT dan fenomena bukti salji yang akan kami buktikan di bawah ini,apakah kesimpulan yang bakal anda dapat?
Kesimpulannya,bumi kini sudah tua dan kita kini sudah di akhir zaman.Buktinya?Bacalah segala tulisan-tulisan kami di alam maya yang menakutkan golongan zionis dan akhirnya PAGE lama kami dibuang oleh zionis dan sekutunya.Ingatlah,mereka boleh mematikan PAGE dan tulisan kami di alam maya ini tetapi mereka tidak dapat mematikan jiwa jutaan manusia yang berjuang di jalan ALLAH SWT. Alhamdulillah,kami sempat mengumpulkan segala tulisan kami tahun lepas dan tersusun rapi di dalam buku kami. Apa yang kami bentangkan kini merupakan sambungan dari buku nukilan kami sebelum ini dan kami ukirkan nota ini khas kepada semua umat ISLAM terutamanya mereka yang memahami bahasa melayu.
Ketahuilah bahawa bumi umpama tanah,manusia jua umpama tanah,apakah yang berlaku kepada manusia apabila sudah tua?Itu jualah yang berlaku pada bumi tatkala sudah tua…Manusia ketika menjelang usia tua,mereka akan bersikap seperti kebudak-budakan dan seumpama perbuatan mereka itu ingin kembali ke zaman muda dahulu.
Apa yang anda perhatikan kini,gunakan tafsiran ilham kami di atas dan kaitkan dengan sifat bumi.Ya,bumi kini bersifat umpama ingin kembali ke zaman mudanya seperti mana yang kita semua ketahui bahawa bumi suatu ketika dulu dilitupi salji tebal.Fenomena inilah yang sedang dalam perjalanan bumi kini tatkala usianya hampir tiba ke penghujung.Alhamdulillah, ALLAH SWT telah menggerakkan hati kami membentangkan kepada anda hujahan dan konsep asas yang amat terperinci apabila tiba masanya,semoga anda sebarkan ilmu ini dengan jalan yang betul dan kirimkanlah salam peringatan kami kepada seluruh umat manusia.Moga peringatan yang kami hujahkan ini dapat menghasilkan nur keimanan di dalam jiwa mereka.Kadangkala apabila kami bercerita mengenai akhir zaman dan ditemani dengan bukti-buktinya,maka semakin ramailah yang mula sedar seperti pada tahun lepas.


RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”-Hadis Riwayat Muslim.Bagaimanakah dengan anda pada masa kini?Sudah terlalu selesa dengan segala kemudahan agen-agen dajjal cipta sehingga terlupa tanggungjawab sebagai seorang muslim?Ingatlah,kadangkala keselesaan akhirnya akan membinasakan dan membawa kesesatan.

Kami dedahkan maklumat yang tidak didedahkan di kaca tv anda, maklumat yang tidak disiarkan di dada akhbar anda...Dunia sudah akhir zaman,jangan lepaskan peluang untuk anda mengetahuinya dengan lebih banyak pendedahan yang bakal kami lakukan.Kami ceritakan kepada anda satu cerita yang jarang diberitahu oleh guru anda semasa di bangku sekolah,amat jarang diberitahu oleh pensyarah anda semasa di IPT,amat jarang diberitahu oleh ustaz/ustazah yang anda kenali,amat jarang dikaji oleh ulamak di sekeliling anda…..
Artikel ini dipetik secara rasmi menerusi laman web www.brigadezameerfisabilillah.blogspot.com
###Salam Peringatan dari Brigade Zameer Fisabilillah###

Tiga Golongan Selepas Membaca NOTA BERMANFAAT Ini
Selepas anda membaca nota ini, anda berhak memilih anda golongan yang mana seperti tertera di bawah.Tiga golongan manusia selepas membaca artikel ini:

1) golongan yang suka share nota ini kepada semua MANUSIA
Sila klik button share di bawah nota ini. Segala kandungan bermanfaat boleh diambil untuk sebaran umum,simpanan, dan sebagainya.Sekiranya anda ingin menyebarkan nota ini ke halaman website lain, SILA LETAKKAN pautan link pada blog anda atau pada artikel yang diambil sebagai kredit kepada penulis...Jazakumullah..Awas!!!Jangan sesekali kerana anda ingin mengejar populariti sehingga suka copy paste dan letakkannya sbg nota hasil penulisan anda sedangkan bukannya anda yang menulis dan mengkaji dengan lebih mendalam nota ini.Ingatlah,ALLAH memerhati segala yang anda lakukan dan Allah mengetahui niat tersembunyi anda itu.
Contohnya,SILA LETAKKAN AYAT INI,
SUMBER dari brigadezameerfisabilillah@yahoo.com,  www.brigadezameerfisabilillah.blogspot.com & http://www.facebook.com/pages/Salam-Peringatan-Fisabilillah/187949327922436
Anda umpama tanah. Walaupun hujan hanya turun seketika,anda telah memanfaatkannya sebaik mungkiin. Contohnya, tanah ini akan cepat-cepat mengambil manfaat dari air hujan yang turun sebentar tadi lalu menumbuhkan buah-buahan yang segar untuk kebaikan manusia sejagat.

2) golongan yang suka membantah ayat Al-Quran dan As-Sunnah
Golongan ini suka membantah sesuka hati seolah-olah dia sahaja yang betul. Padahal tanpa dia sedari, kadangkala dia bercakap secara membantah.Ingatlah,perselisihan itu akhirnya akan membawa kecelakaan kepada diri anda sendiri. Apa yang pasti,JANGAN SESEKALI MENOLAK AL-QURAN AS-SUNNAH DALAM KEHIDUPANMU, rajinkanlah dirimu mendekatinya sebelum kamu diiringi ke pusara....JANGAN SESEKALI MENOLAK AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DALAM KEHIDUPANMU...(hendak baca huraian lebih lanjut,sila baca sepenuhnya info pada page ini)
 Anda seumpama batu-batuan dan pasir.Walaupun hujan selalu turun, namun tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku. Batuan tadi tetap kekal sebagai batuan serta tidak menumbuhkan sesuatu yang bermanafaat seperti buah dan sebagainya.

3)golongan yang masuk telinga kanan,keluar telinga kiri
Golongan ini akan memudaratkan dirinya sendiri tanpa dia sedari. Golongan ini walaupun tidak menentang Dakwah Islamiyyah itu contohnya, namun kehadiran mereka juga seolah-olah tidak dirasai oleh masyarakat, kerana mereka menjadi golongan yang tidak ada sensitiviti dan kesedaran untuk membangunkan ummah dengan wasilah Islam yang syumul.Ingatlah,anda boleh komen setiap statement dan nota saya,asalkan komen anda adalah komen motivasi bukannya komen yang bersifat membantah atau komen yang dikategorikan lari dari topik seperti yang telah berlaku sebelum ini.
Anda di ibaratkan seperti air kolam yang bertakung. Keadaan air ini tetap kekal sebagai air dan tidak membuahkan apa-apa hasil yang lain. Apabila hujan turun, air tadi hanyalah akan bertambah, namun tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...