Tahukah anda? sekarang ini kecoh di negara Barat mengenai Hari Kiamat yang bakal menjelang satu hari sahaja lagi (20.5.2011) mengikut kepercayaan kaum Kristian? Tahukah anda kajian tulisan yang kami selaku Brigade Zameer Fisabilillah paparkan sebelum ini saling berkaitan mengenai situasi dunia yang berlaku kini? Jika anda sudah membeli buku kami, sudah tentu anda dapat merasai maklumat yang kami tuliskan di dalam buku itu saling berkaitan dengan keadaan dunia pada masa akan datang, SUDAHKAH ANDA BERSEDIA?
Seperti yang telah dijanjikan,kami bentangkan kepada anda semua mengenai 21.5.2011.Perlu diingatkan bahawa apa yang bakal kami bentangkan ini merupakan maklumat yang terhad memandangkan pasukan pengintip kami berjaya mengesan kehadiran golongan THE HIDDEN HAND yang sentiasa membaca maklumat kami secara senyap menerusi teknologi rahsia 30 tahun ke hadapan yang mereka miliki itu. Izinkan kami memaparkan sedikit sebanyak maklumat mengenai perkembangan semasa ramalan JUDGEMENT DAY oleh paderi kristian tersebut.
Kebanyakan kumpulan paderi di New York meramalkan dunia kiamat esok (21.5.2011). Mereka membawa kemeja-T, brosur, buku dan poster, sambil memberi amaran kepada orang ramai di New York bahawa dunia akan kiamat esok. Menggunakan perkiraan daripada Bible, paderi ini mendakwa akan berlaku gempa bumi di seluruh dunia pada 21 Mei, tetapi dia sendiri tidak pasti sama ada kejadian itu berlaku serentak atau tidak. Katanya, dia tidak pasti bagaimana ‘bencana’ itu berlaku atas faktor perbezaan masa sesuatu tempat di seluruh dunia.“Bagaimanapun, sepatutnya gempa bumi itu berlaku pada waktu sama di seluruh dunia,” katanya.Melalui risalah itu, mereka mendakwa orang ramai mempunyai beberapa jam untuk bertaubat.
Paderi New York mengatakan dunia tamat pada hari Sabtu(21.5.2011).Itulah bezanya kepercayaan kristian dan Islam.Maka biarkanlah mereka mengatakan demikian,kerana ramalan mereka adalah untuk kaum mereka.Berbeza dengan agama Islam yang mengatakan bahawa kiamat akan berlaku pada hari Jumaat,kita sebagai umat Islam perlu berpegang dengan kata-kata itu.
Menggunakan satu pengiraan berangka kompleks dari kitab Bible, terdapat iklan-iklan pada amaran laluan bawah tanah bandar raya New York "gempa bumi besar" yang menyertai kedatangan Judgement Day.
"Menurut Surah Genesis, apabila banjir berlaku pada tahun 4990, Tuhan memberitahu Nabi Nuh diberikan tempoh tujuh hari, dia akan memusnahkan bumi," Paderi itu menerangkan lagi. "Dan dia memusnahkan ia dalam tujuh hari.
"Tetapi Peter berkata: 'Saya tahu yang satu hari adalah bersamaan seperti seribu tahun.'
Jadi 4990 lebih 7001 tahun (setara tujuh hari) sama dengan 2011," beliau menjelaskan.
Tujuh ribu tahun selepas 4990 SM (tahun Air Bah) ialah tahun 2011 M (kalendar kita).
4990 + 2011-1 = 7,000
[Satu tahun mesti ditolak untuk perpindahan daripada tarikh kalendar SM Wasiat Lama ke tarikh kalendar M Wasiat Baru kerana kalendar tidak mempunyai tahun sifar.]
Untuk makluman semua, golongan paderi serta rakan mereka sibuk berkempen di kawasan awam dengan cara menyakinkan penduduk awam bahawa Hari Kiamat semakin hampir yang mereka sering laungkan sebagai JUDGEMENT DAY.Teori mereka ini berjaya menarik perhatian media,rakyat Amerika dan manusia yang kebanyakkannya beragama Kristian. Ramalan mereka ini dijadikan bahan ejekan oleh segelintir pihak terutama manusia yang tidak beragama (atheists).
Teori Judgment Day berlaku pada 21 Mei 2011 merupakan idea seorang pemimpin berumur 89 tahun Harold Camping, Kementerian Family Radio Worldwide, yang sebelum ini meramalkan penghujung dunia ialah 6.9.1994. Dia pergi kepada papan pengiraannya dan mengatakan bahawa pengiraannya kali ini adalah benar. Kebanyakan di kalangan mereka ini berkempen dengan meluangkan sepenuh masa kehidupan mereka untuk menyebarkan berita tentang JUDGEMENT DAY. Golongan kristian ini turut membelanjakan wang untuk pengiklanan di dalam majalah Reader's Digest dengan menyatakan bahawa "Kitab Bible menjamin di hujung dunia akan bermula dengan Judgment Day 21 Mei 2011." Mereka turut meletakkan mesej pada 2200 papan iklan sekitar negara itu. Mereka turut mendakwa sekiranya JUDGEMENT DAY berlaku hari Sabtu itu, golongan kristian akan masuk syurga manakala golongan lain akan masuk neraka.
Hasil pemerhatian pasukan perisikan Brigade Zameer Fisabilillah, tiada satu pun acara kempen JUDGEMENT DAY yang dilakukan di Malaysia oleh paderi Kristian ini. Kemungkinan mereka terasa tergugat dan khuatir selepas isu berkaitan dakwaan ada sesetengah pihak ingin menjadikan Krsitian sebagai agama rasmi Malaysia,menghantui mereka. Kempen JUDGEMENT DAY yang dilakukan oleh kebanyakan paderi kristian ini terlalu banyak berlaku di sekitar Amerika Syarikat dan Filipina. Ramai pihak yang mempersenda golongan kristian ini menerusi Twitter,Facebook dan rangkaian media sosial lain. Malang sekali kerana mereka mempersendakan tetapi tanpa disedari kadangkala tabiat mereka hampir seiras dengan golongan kristian dalam kehidupan seharian. Salah seorang paderi Kristian mencemuh pohak yang mempersendakan ramalan mereka itu dengan berkata "Malangnya mereka tidak nampak perkataan jelas Nabi Isa dan kamu tidak tahu hari atau jam berlaku JUDGEMENT DAY”.
Selepas 21.5.2011, ramalan Harold Camping gagal sama sekali. Golongan paderi kristian percaya kononnya mereka mungkin menjadi antara 200 juta orang yang dapat masuk syurga selamanya.
Masihkah anda semua ingat mengenai satu hadis sahih Rasulullah s.a.w. mengenai kaum-kaum lain?Rasulullah s.a.w. memberi amaran kepada kita sejak 1400 tahun lalu lagi malangnya kebanyakan umat Islam pada hari ini alpa dengan kenikmatan duniawi.
Hadis Rasulullah s.a.w. :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.
Perhatikan diri anda dengan sepenuh perhatian, Adakah anda berpakaian seperti tudung rahib kristian?tudung paras tidak menutupi dada,anda bertudung mengikut ajaran agama lain sedangkan agama Islam menyarankan bertudung menutupi dada, labuh dan tidak terlalu nipis? Anda berpakaian seperti kaum Mayan? Anda gemar menonjolkan diri di khalayak ramai seperti zaman jahiliyah dulu dengan berpakaian seksi?Anda tidak menutup aurat ketika bersukan seperti tentera Rom yang berpakaian skirt suatu ketika dulu?
Ini sudah terbukti bahawa anda telah meniru kaum tersebut, tidak mustahil anda merupakan sebahagian dari kaum tersebut serta menjadi sebahagian di kalangan mereka yang bakal hancur ditelan bencana alam pada masa akan datang terutama pada tahun 2011,2012 dan 2013.
Sudahkah anda membeli buku hasil pena Brigade Zameer Fisabilillah? Kaitkan nota baru ini dengan maklumat di dalam buku tersebut anda pasti akan memahami apa yang bakal kami sampaikan ini.Perhatikan tajuk di dalam buku tersebut sepenuh perhatian…..
PERHATIAN!!!Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Rahib Kristian=Tudung Wanita Moden....(SALAM PERINGATAN)? Memang Benar Pokok Sudah Berkata-Kata Di Palestin? Kaitan Hadis Rasulullahصلى الله عليه وسلم , Penemuan Kajian Sains, Tanda-Tanda Kiamat Kecil (Sudah Berlaku Di Persekitaran Kita) Dan Kiamat Besar? Rahsia Berwuduk Dari Sudut Kesihatan Manusia? Malapetaka 2012 Peringatan Untuk Kita Semua-Ramadhan? J.U.T.A.W.A.N Dalam Masa 30 Hari, Serius Bakal Jutawan Sahaja? Kajian CIA Dalam Menghadapi Kebangkitan Islam Terbongkar Akhirnya? Sebuah Kisah Benar, Abang Mereka Hanya Melihat Sahaja Adik Perempuan Mereka Dicabul Kehormatannya Di Hadapan Mereka Sendiri? Ilmu Rahsia Dan Kaitannya Mengapa Identitiku Menjadi Rahsia Di Alam Maya? “Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di NERAKA,”jelas seorang manusia yang mencabar ALLAH S.W.T. ? Menjelangnya Detik Bermulanya Bekalan Elektrik Terbukti Perlahan-Lahan Tiada Nanti? Saat Aku Berkata Benar? Ada Apa Dengan Perkara Yang Telah Ditetapkan Islam- Doktor, Islam Dan Logik Merungkaikan Persoalan Di Minda Anda???SERTA BANYAK LAGI TAJUK YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU TERSEBUT……
Gambar hiasan di atas merupakan risalah paderi kristian di New York yang diberikan kepada penduduk tempatan.Untuk makluman tambahan anda semua, ada banyak lagi maklumat yang perlu kami bentangkan kepada anda setelah tiba masanya serta sesuai dengan keadaannya.Mahukah anda mendapat maklumat penting yang jarang kelihatan di kaca tv anda? Mahukah anda mendengar maklumat penting yang jarang kedengaran di siaran radio pilihan anda? Mahukah anda membaca maklumat penting yang jarang nampak di akhbar harian anda? Mahukah anda mendapat maklumat penting tambahan yang bakal kami bentangkan susulan dari maklumat nota-nota sebelum ini? Daftarlah sebagai ahli Brigade Zameer Fisabilillah,tiada yuran keahlian, asalkan niat anda tidak tersimpang jauh dari agama Islam.
AMARAN!!! Jangan sesekali komen membantah sekiranya anda masih tidak memahami situasi masa depan dunia dan belum membaca maklumat penting di dalam buku kami.
Tiga Golongan Selepas Membaca NOTA BERMANFAAT IniSelepas anda membaca nota ini, anda berhak memilih anda golongan yang mana seperti tertera di bawah.Tiga golongan manusia selepas membaca artikel ini:
1) golongan yang suka share nota ini kepada semua MANUSIA
Sila klik button share di bawah nota ini. Segala kandungan bermanfaat boleh diambil untuk sebaran umum,simpanan, dan sebagainya.Sekiranya anda ingin menyebarkan nota ini ke halaman website lain, SILA LETAKKAN pautan link pada blog anda atau pada artikel yang diambil sebagai kredit kepada penulis...Jazakumullah..Awas!!!Jangan sesekali kerana anda ingin mengejar populariti sehingga suka copy paste dan letakkannya sbg nota hasil penulisan anda sedangkan bukannya anda yang menulis dan mengkaji dengan lebih mendalam nota ini.Ingatlah,ALLAH memerhati segala yang anda lakukan dan Allah mengetahui niat tersembunyi anda itu.
Contohnya,SILA LETAKKAN AYAT INI,
SUMBER dari brigadezameerfisabilillah@yahoo.com & http://www.facebook.com/pages/Salam-Peringatan-Fisabilillah/187949327922436
Anda umpama tanah. Walaupun hujan hanya turun seketika,anda telah memanfaatkannya sebaik mungkiin. Contohnya, tanah ini akan cepat-cepat mengambil manfaat dari air hujan yang turun sebentar tadi lalu menumbuhkan buah-buahan yang segar untuk kebaikan manusia sejagat.
2) golongan yang suka membantah ayat Al-Quran dan As-Sunnah
Golongan ini suka membantah sesuka hati seolah-olah dia sahaja yang betul. Padahal tanpa dia sedari, kadangkala dia bercakap secara membantah.Ingatlah,perselisihan itu akhirnya akan membawa kecelakaan kepada diri anda sendiri. Apa yang pasti,JANGAN SESEKALI MENOLAK AL-QURAN AS-SUNNAH DALAM KEHIDUPANMU, rajinkanlah dirimu mendekatinya sebelum kamu diiringi ke pusara....JANGAN SESEKALI MENOLAK AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DALAM KEHIDUPANMU...(hendak baca huraian lebih lanjut,sila baca sepenuhnya info pada page ini)
Anda seumpama batu-batuan dan pasir.Walaupun hujan selalu turun, namun tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku. Batuan tadi tetap kekal sebagai batuan serta tidak menumbuhkan sesuatu yang bermanafaat seperti buah dan sebagainya.
3)golongan yang masuk telinga kanan,keluar telinga kiri
Golongan ini akan memudaratkan dirinya sendiri tanpa dia sedari. Golongan ini walaupun tidak menentang Dakwah Islamiyyah itu contohnya, namun kehadiran mereka juga seolah-olah tidak dirasai oleh masyarakat, kerana mereka menjadi golongan yang tidak ada sensitiviti dan kesedaran untuk membangunkan ummah dengan wasilah Islam yang syumul.Ingatlah,anda boleh komen setiap statement dan nota saya,asalkan komen anda adalah komen motivasi bukannya komen yang bersifat membantah atau komen yang dikategorikan lari dari topik seperti yang telah berlaku sebelum ini.
Anda di ibaratkan seperti air kolam yang bertakung. Keadaan air ini tetap kekal sebagai air dan tidak membuahkan apa-apa hasil yang lain. Apabila hujan turun, air tadi hanyalah akan bertambah, namun tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku.